KONSEP WAKAF DALAM ISLAM
1. MUQADDIMAH
Wakaf adalah merupakan salah satu cara ibadat atau cara menghampiri diri
kepada Allah ( هللا الى اًتـقرب ( menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan
salah satu dari ibadat yang awal dalam Islam yang diizinkan oleh syarak sesiapa
dari umat Islam yang berharta serta mampu dan ingin melakukannya.
Dengan itu
amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawanhartawan
muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara
meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah.
Sehingga
dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas, untuk
mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf terlalu banyak dan
tidak terurus tanpa ditubuhkan kementerian khusus.
2. DALIL
Hadis Ibnu Umar :
أن عمر أصاب أرضا من أرض خيبر- فقال : يا رسول هللا- أصبت أرضاخيبر-
لم أصب ما ال قط أنفس عندى منه – فما تامرنى فقال : إن شتت حبست أصلها – وتصدقت بها –
فتصدق بها عمر – على اال تباع وال توهب والتورث- فى الفقراء وذوى القربى والرقاب والضيف وابن
السبيل. ال جناح على من وليها أن يأكل منها بالمعروف ويطعم عير متحول "قال ابن حجر في الفتح –
وحديث ابن عمر هذا أصل فى مشروعية الوقف"
Maksudnya : Hadis dari Ibnu Umar mengatakan bahawa Saidina
R.A telah mendapat tanah di Khaibar, katanya : “ wahai
Rasulallah s.a.w, saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar
yang mana tidak ada harta yang saya dapat lebih berharga
daripada ini – maka apakah yang tuan perintahkan saya ?
Menjawab Rasulullah – sekiranya engkau mahu bolehlah engkau
wakafkan tanahnya – dan engkau sedekahkan – maka Umar
bersedekah tanpa boleh dijual – dan tanpa boleh dihibah – juga
tanpa boleh dipusakai – kepada Fuqara’ dan kaum kerabat –
hamba abdi – para tetamu dan para perantau – tidaklah salah
kepada sesiapa yang menjaganya ia memakan hasilnya secara
baik (tidak melampaui batas) serta memberi makan dengan tidak
menjadikannya harta milik.
Berkata Sheikh Ibnu Hajar didalam Kitab Al-Fathu – Bahawa
hadis Ibnu Umar ini adalah merupakan permulaan pensyariatan
amalan wakaf ”.
3. DEFINISI WAKAF
Wakaf pada bahasa bererti menahan dari dijualbeli dan lain-lain ( عن الحبس
التصرف ( pekataan wakaf - تحبيس - تسبيل – adalah satu makna sahaja.
Dengan itu –
di kebanyakan negara Arab kementerian Hal Ehwal Wakaf – disebut - االوقاف وزارة
hanya negara Maghribi sahaja di panggil االحباس وزارة.
Definasi wakaf Syarak : iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan
serta kekal asetnya – dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak
pewakaf atau lainya – ke arah kegunaan yang harus – atau diguna pakai
penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada
Allah.
4. HUKUM MEWAKAFKAN HARTA-HARTA DAN HIKMAHNYA:
Wakaf di sisi Jumhur Ulama’ selain dari Mazhab Hanbali hukumnya sunat
yang digalakkan.
Ianya terjumlah dari amalan pemberian sedekah yang
digalakkan – menurut firman Allah: وْ
ِ َّر َحتَّـى تُ ْنفِقُ
ـب
ُل الْ
َّم لَ ا تُـ ِحبُّ ْو َن ـ ْن تَنَا
ا ِمـ
Surah Al-Imran.
Maksudnya: Kamu tidak sekali-kali dapat mencapai kebajikan dan
kebaktian yang sempurna – sebelum kamu dermakan sebahagian dari
apa yang kamu sayangi.
Dan firman Allah:
يِّبَ
ْوا ِم ْن طَّ
َمنُ
ِذْي َن آ
اَيُّ َها الَّ
َ
ْر ِض يَـأ
َّما اَ ْخ َر ْجنَالَ ُكْم ِم َن ْاألَ
ْم َو ِمـ
ا ِت َما َك َسْبتُ
Surah Al-Baqarah - ayat :267
Maksudnya: Wahai orang yang beriman – belanjakanlan pada jalan
Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik – dan
sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Ayat-ayat ini pada umumnya memberi mesej tentang menghulurkan
harta benda ke jalan kebajikan dan kebaikan manakala mewakafkan
harta ialah “ menghulurkan harta benda ke jalan kebajikan ”.
5. RUKUN WAKAF
Rukun-rukun wakaf ada empat di sisi Jumhur Ulama’.
Pertama: pewakaf iaitu ahli tabarru’ (orang yang layak membuat
kebajikan)
Kedua: asset atau harta yang diwakafkan (mauquf) itu kepunyaan
pewakaf – dan boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya.
Ketiga: orang atau tempat yang ditujukan (mauquf alaih) yang ada
dimasa itu.
Keempat: lafaz wakaf (sighah al-waqaf)
6. SYARAT SAH WAKAF
Pertama:
harta atau asset yang diwakafkan itu benda yang ditentuka
(ta’yin) – dan boleh dimanfaatkan – serta kekal zatnya – juga harta
atau aset itu hak milik pewakaf.
Kedua:
hendaklah diwakafkan untuk pihak-pihak yang boleh didapati
selama-lamanya – seperti fuqara’ – masakin atau masjid-masjid.
Ketiga:
wakaf itu bukan untuk perkara larangan syarak.
Keempat:
hendaklah dijelaskan halatuju wakaf (mauquf alaih)
Kelima:
wakaf itu hendaklah terlaksana serta merta (tanpa taklik atau
gantungan)
Keenam:
beriltizam atau berkuatkuasa (tanpa berdolak dalik) ertinya
tidak ada rasa khiar bagi diri pewakaf pada mengekalkan pewakafnya
atau tidak ingin merujuk semula dari wakafnya itu
7. LAFAZ-LAFAZ WAKAF
( الوقف صيغة(
Lafaz wakaf terbahagi kepada lafaz yang terang dan lafaz sindiran.
7.1 Lafaz yang terang dan nyata (sarih) seperti :
saya wakafkan rumah saya
atau tanah saya di tempat anu kepada …… - atau
– saya
serahkan rumah saya ini kepada ……
- atau – saya untukkan tanah
saya ini kepada …… - atau
– saya sedekahkan harta ini kepada si
anu sebagai sedekah yang tidak dibenarkan kepada yang lain darinya
– atau
– saya sedekahkan rumah saya ini kepada si anu sebagai
sedekah untuk selama-lamanya – atau
– saya sedekahkan rumah saya
ini kepada si anu sebagai sedekah wakaf – atau
– sebagai sedekah
yang tidak boleh dijual – atau
– sebagai sedekah yang tidak boleh
diberi kepada orang lain – atau
– saya jadikan tempat ini – atau –tanah
ini sebagai masjid.
7.2 Lafaz wakaf sendirian (kinayah) ialah seperti :
saya peruntukkan ini
kepada golongan fakir – atau
– saya haramkan ini kepada lain dari
golongan fakir – atau
– saya sedekahkan ini kepada golongan fakir.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1 set (10 unit kerusi) hanya RM750 - RM800 untuk selamanya Hubungi kami untuk dapatkan kerusi kuliah . Hubungi Saya, Sah...
-
Pilihan anda dengan harga RM750-RM800 / 1 set (10 unit) Stok yang menunggu tempahan dari pelanggan. Keselesaaan d...
-
Sesuai untuk diwakafkan ke masjid, surau, dan pusat sumber ilmu untuk kegunaan jemaah. Satu usaha pelaburan untuk akhirat anda. ...
No comments:
Post a Comment